Jawapan Kenapa Rozita Che Wan Suka Baju Ketat



Pastinya penampilan pelakon cantik Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dgn pakaian dan gaun yg ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.

Jarang sekali kita melihat beliau mengenakan pakaian yg berbentuk jubah dan tidak ketat sejak dia bergelar artis.

Pada usia pelakon dan pengacara itu yg sudah mencecah awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yg baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya juga dianggap sangat penting.

Walau bagaimanapun mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yg ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yg memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.

Menurut Rozita Che Wan yg ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yg mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."

Ikut personaliti sendiri sebenarnya dalam isu pakaian dan penampilan ini. 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top