“Jika ingin berfesyen,tengoklah kemampuan diri” - Mawar Fareeda


Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda tiruan semakin panas apabila rata-rata pegguna laman sosial menganggap tindakan tersebut sebagai kejam dan menjejaskan sumber rezeki peniaga lain.

Selain itu, pengguna-pengguna laman sosial juga mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli.

Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil telah memberikan satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.


Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri. Kata Mawar lagi, fareeda juga turut menjual scarves yang murah di mana harganya di bawah RM100.


Walaubagaimanapun selepas isu hangat ini menjadi perhatian dan kritikan negatif terhadap nama Mawar dan syarikat Fareeda sendiri semakin membukit, kenyataan baru dikeluarkan di laman Facebook tersebut.


Pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka dan turut memberitahu, fanpage facebook tersebut bukan dikendalikan oleh isteri Fizo Omar tetapi diurus oleh 5 admin lain.

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top