Juliana Evans Sah Tamat Pengajian


Bukan senang untk seorang selebriti meninggalkan dunia lakonan untuk menyambung pelajaran dan mengejar segulung ijazah lebih-lebih lagi di kala populariti sedang meningkat naik. Namun itulah yg telah diharungi oleh Juliana Evans yg mengambil keputusan untuk sambung belajar di Western Michigan University 2 tahun yg lalu. Kini segala penat lelah itu terasa berbaloi apabila segulung ijazah berada di tangan pelakon cantik ini.



Kini berusia 24 tahun, Juliana Evans telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi di Amerika Syarikat. Turut hadir di hari bersejarah ini ialah ibunya. Jelas terserlah kegembiraan di wajah Juliana Evans. Lepas ini bolehlah balik Malaysia dan kembali aktif dlm industri hiburan. Abang Nara yakin ramai yg merindui anda.



Sebelum ke Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Zizan Razak. Namun kini seperti yg kita ketahui, Zizan sudah pun mempunyai kekasihnya sendiri iaitu Emma Maembong. Ini bermakna Juliana Evans masih “single”. Peluang baik untuk jejaka-jejaka di Malaysia mencuba nasib sempena kepulangannya kelak. Hehehe.



Apa pun, tahniah diucapkan buat Juliana Evans atas graduasi anda. Semoga ijazah yg dibawa pulang akan membantu daripada apa jua segi. Diharap Jue tidak bersara dari bidang hiburan dan akan kembali aktif selepas ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top