Kaki Cedera Digigit Tikus Semasa Menonton Wayang di GSC Mid Valley


Jari Kaki Cedera Digigit Tikus Semasa Menonton Wayang di GSC Mid Valley | Pasti anda berasa seronok meluangkan masa menontong wayang bersama-sama keluarga ataupun kawan-kawan pada masa lapang.

Tetapi pernahkah anda terbayang bahawa semasa anda sedang menikmati popcorn sambil menonton wayang, jari kaki anda menjadi santapan haiwan perosak iaitu Tikus.

Dan inilah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Chrisanne Chin.

Gambar sekadar hiasan

Chin pergi menonton wayang di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarganya pada hari rabu yang lalu. Semasa sedang menonton wayang, Chrisanne Chin dapat merasakan jari kakinya seperti dicucuk-cucuk dan sakit yang teramat sangat.

Sejurus selepas tamat siaran filem dalam wayang tersebut, Chin tidak dapat menahan diri dan terus menangis. Keluarganya terus membawa Chin berjumpa petugas di wayang itu dan dia diberikan rawatan ringkas menggunakan first aid kit.

Keluarga Chin juga memfailkan aduan kepada pihak tertinggi GSC mengenai kejadian yang buruk ini sebelum menghantar gadis itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Gigitan tikus memberikan kesan yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia, kerana air liur tikus mempunyai virus sama sepertimana yang dikeluarkan melalui air kencing makhluk perosak itu. Oleh sebab itu, Chin diberikan rawatan yang sangat rapi sebelum dibenarkan keluar daripada hospital.

Pihak GSC sudah maklum mengenai kejadian ini dan mereka memohon maaf dan kesal atas kejadian yang menimpa pelanggan mereka. Melalui pengumuman di akaun Facebook Page rasmi mereka, GSC memaklumkan perkara tersebut dan berjanji akan mengambil tindakan segera.

“We are truly sorry to hear that one of our customers was affected by the pest incident at GSC Mid Valley. The affected customer has been attended to.

“We would like to assure the public that pest control management is part of GSC’s standard practice as we take the comfort of our customers very seriously,” the statement read.

GSC juga memulangkan semula wang tiket kepada Chin dan keluarga, dan membiayai seratus peratus kos perubatan yang dikenakan oleh pihak hospital terhadap gadis itu.

Pihak GSC digesa untuk lebih serius dalam soal kebersihan dan keselamatan pelanggan mereka kerana kejadian ini mungkin boleh berulang dan berlaku kepada pelanggan GSC yang lain, kerana Mid Valley merupakan pusat beli belah dan hiburan tumpuan ramai di negara ini.
Anda pernah digigit tikus semasa menonton wayang? 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top