Kronologi Gua Tempurung Yang Makan Orang


Gua Tempurung yg menjadi lokasi kemalangan yg meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh awal pagi tadi merupakan antara kawasan panas yg sering berlakunya kemalangan maut.



Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pernah mencadangkan kepada pengurusan Lebuhraya Utara Selatan supaya kawasan tersebut ditambah baik dari segi pencahayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu.

Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yg pernah berlaku di kawasan tersebut.

10 Ogos 1998: Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300.

27 April 2007: Tiga beranak maut apabila kereta yg mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309.

07 Oktober 2009: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305.

22 Julai 2010: Tiga terbunuh manakala lima yg lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301.

25 Disember 2013: Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan.

17 Mac 2014: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yg jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yg telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top