Malaysia-Australia Tandatangani Perjanjian MH370


*ini perjanjiahn untk apa, kenapa dan kenapa perlu diselindung?
Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan.
{baca lagi klik butang papar ... }



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani satu perjanjian dlm menentukan tugas mengendalikan apa-apa penemuan yg berkaitan dengan pesawat MH370 termasuk kotak hitam.

Dalam satu laporan oleh New Straits Times (NST), Malaysia sedang menggubal perjanjian berkenaan demi melindungi keselamatan kedua-dua negara dari kesulitan undang-undang yg mungkin timbul semasa fasa pemulihan.

Kerajaan Malaysia berharap perjanjian tersebut dpt dimuktamadkan tidak lama lagi dan diluluskan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.

Pihak Canberra sedang mengkaji memorandum persefaham tersebut, kata laporan itu.

“ MOU tersebut akan menyatakan tugas dan tanggunggjawab masin-masing dgn terperinci” kata Ketua Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman.

Azharuddin berkata lagi kepada NST , Malaysia akan mengetuai dalam kebanyakan penyiasatan yg dijalankan bersama bantuan oleh kerajaan Australia dan negara-negara lain.

Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah mlm dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Slpas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top