Menarik Ifa Raziah Terima Hadiah Mercedes Dari Suami


Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 drpd suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada hari Khamis.


Menurut Ifa, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut krna tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.

"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan sy sebuah kereta Mercedes.

Pada asalnya kami ke kedai kereta adlh untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya," katanya.

Ifa berkahwin dgn Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yg berusia sembilan tahun.

Manakala dia jga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.

Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulng tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.

"Saya bukan jenis yg suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yg saya pakai hingga sekarang," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tntng kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut.

Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasngan merupakan kunci kebahagian rumah tangga.

"Sepanjang sepuluh tahun ini memang sy bahagia biarpun apa orang kata tentang sy dan suami, sy tidak pernah peduli.

"Apa yg penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini," ujarnya.

Tambah Ifa, salah satu pengalamn pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja.

Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yg tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.

"Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan krna kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri.

"Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yg membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yg sah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yg ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.

Katanya, sebuah rumah tangga yg dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat.

"Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana ttapi kalau boleh kita kekalkan apa yg kita ada.

"Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untk berkongsi hidup dengan orang lain," katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top