Menarik Kerajaan China Temuai Isyarat Dari MH370



Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dgn frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar ‘pinger’ memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yg standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

“Frekuensi itu sama,” kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yg menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

“Denyutan yg dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi,” kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dlm akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

“Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yg kemudian menjadi sesuatu yg mengecewakan,” katanya kepada televisyen ABC.

“Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yg positif kerana ini adalah tugas yg sangat sukar.”

Dalam perkembangan terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan jika isyarat berkenaan adalah dari pesawat MH370.

“Kami tidak dapat mengesahkan maklumat itu buat masa ini,” kata kenyataan itu.

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Marilah kita berdoa untuk keselamatan mangsa MH370 ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top