MH370: Fariq Buat Panggilan Misteri Sebelum Pesawat Hilang


Sudah lebih sebulan kehilangan pesawat malang MAS MH370, dan hari ini terdapat satu laporan baru yang mempunyai kaitan dengan misteri ini.

Menurut laporan portal akhbar online Sinar Harian, pihak terlibat mengesan satu panggilan dibuat oleh co-pilot menggunakan telefon peribadi dan butiran laporannya adalah seperti berikut:

Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.


Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

UPDATE: Hishammuddin Nafi Laporan Terkini Akhbar Tempatan

Menurut beliau, pihak polis akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut.

Kami sentiasa mendoakan agar pesawat MH370 ditemui semula dan kesemua yang terlibat selamat. Kami di Mybuletin juga sentiasa berdoa agar tiada konspirasi buruk untuk menjadikan penumpang sebagai 'kambing hitam' dalam kejadian ini. Insyallah sama-sama lah kita doakan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top