Mid Valley Cipta Sejarah Anjur Pameran Fesyen Paling Seksi Secara Terbuka


Malaysia merupakan sebuah negara islam, tetapi jangan pelik kalau sebuah pertunjukan fesyen yang mana model-model seksi hanya mengenakan bra dan bikini sahaja diadakan secara terbuka di sebuah pusat beli belah terkenal di Malaysia.

Ini merupakan satu acara susulan selepas pelancaran Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur (klik) beberapa minggu yang lalu.

Tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’.

Kami boleh dilabel sebagai ‘kolot’, tetapi tindakan penganjur menganjurkan pertunjukan fesyen ‘separuh bogel’ secara terbuka itu bagi kami benar-benar memalukan, apatah lagi di tempat seperti di MidValley di mana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli-belah dan bersantai.

Dan dibawah adalah beberapa gambar yang diambil semasa acara fesyen tersebut berlangsung. Amaran untuk mereka yang dibawah umur, kandungan gambar adalah amat tidak sesuai untuk anda. Juga tidak sesuai buat semua untuk melihatnya kerana gambarnya tersangat seksi.


Kami terpaksa tunjukkan juga sebagai bukti acara fesyen ini betul-betul wujud dan ianya dianjurkan di sebuah negara islam Malaysia tercinta ini. Semoga ada pihak-pihak berwajib ambil tahu dan ambil tindakan tegas kalau sudah tahu.

Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku.

Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU?























Para model yang berada di atas pentas peragaan dengan tidak segan silu bukan saja menonjolkan pakaian dalam yang memberahikan, tetapi pada masa yang sama menonjolkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan itu di depan ribuan pengunjung tak mengira tua muda, remaja atau pun bawah umur!

Adakah kami salah kerana membantah pertunjukan fesyen seperti ini?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top