Obama Mendapat Bantah Oleh Rakyat Untuk Melawat Masjid Negara




 Lebih 100 org berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Masjid Negara yg dijadualkan pada Ahad ini sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya ke Malaysia.

Demonstrasi bantahan anjuran sebuah NGO Islam, Hizbut Tahrir Malaysia, bermula selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara semlm sebelum masing-masing berarak kira-kira 100 meter bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Jurucakapnya, Abdul Hakim Othman berkata, pihaknya menolak lawatan pemimpin barat itu yg disifatkan satu bentuk pencemaran terhadap kesucian masjid.

“Obama merupakan ketua kepada negara imperialis yg nyata memusuhi dan memerangi umat Islam atas nama perang melawan keganasan. Peperangan yg dilancarkan Bush dan diteruskan lagi oleh Obama ke atas Iraq dan Afghanistan sehingga menyebabkan kematian dan penderitaan ratusan ribu umat Islam dan kemusnahan yg begitu besar, adalah bukti nyata sikap Obama ke atas umat Islam.

“Ini belum lagi mengambil kira peperangan yg tidak diisytiharkan oleh Obama ke atas Pakistan, Yemen, Syria dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Abdul Hakim, pihaknya kesal dengan pihak pentadbiran Masjid Negara yg membenarkan pemimpin itu menjejakkan kaki ke masjid sebagai sebuah tempat suci di dalam Islam.

Justeru katanya, satu demonstrasi aman akan dibuat pada Ahad di sekitar kawasan Masjid Negara sebagai tanda bantahan terhadap kedatangan Obama. Terdahulu, beliau menyerahkan dokumen memorandum bantahan kepada wakil pihak pengurusan Masjid Negara.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top