Pakaian Teletubbies Rabecca Dikecam Kerana Terlampau Menonjol


Pelakon yang baru berhijrah, Rabecca Nur Al Islam sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menggayakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej yang dibawanya kini.

Mungkin sebelum ini peminat boleh memaafkan kesilapannya, tetapi kini perkara sama berulang buat kali kedua bahkan lebih teruk lagi pada kali ini ianya seolah-olah tidak menghiraukan pandangan ramai yang mengambil berat mengenainya.

Apa komen peminat semua?


Menerusi gambar-gambar dalam akaun Instagramnya, Becca mengenakan 'jumpsuit' ketat berwarna merah yang menampakkan susuk tubuhnya. Fesyen ini dipakai ketika menghadiri sambutan hari lahir rakannya di sebuah hotel terkemuka.



Biarpun Becca tampak selesa dengan fesyennya ini, namun dia tetap menerima pelbagai reaksi negatif daripada peminat dan masyarakat.

UPDATE: Reaksi Rabecca Mengenai Perkara Ini

Aktres kontroversi, Rabecca Nur Al-Islam meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu.

Dia juga kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.

Jelasnya gambar tersebut dimuat naik di Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah private.

“Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.

“Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.

Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.

“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya.

Adakah fesyen ini sesuai dengan imej Becca kini? Anda tentukan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top