Pam Petrol Meletup Di Gua Musang




Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan oleh seorang penyelia di stesen itu dengan menggunakan alat pemadam api dan tiada kecederaan dilaporkan kerana semua pelanggan yg sedang mengisi minyak sempat menyelamatkan diri.

Penyelia stesen minyak itu, Mohd Zohir Zakaria berkata, dia mendengar bunyi letupan kuat disusuli dengan api keluar daripada pam berkenaan dan dengan segera memadamkan api itu menggunakan alat pemadam api.

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di belakang bangunan stesen itu sebelum bergegas ke pam terbabit selepas terkejut mendegar letupan kuat itu sambil mengarahkan empat pekerja yg berada di kaunter keluar menyelamatkan diri.

"Ketika itu juga saya lihat beberapa pelanggan di empat pam berkenaan lari. Syukur, saya cepat bertindak memadamkan pam yg terbakar itu," katanya ketika ditemui di stesen minyak itu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top