Panas Protege Rossa Dicium Peminat




Juara program realiti X Factor Indonesia musim pertama, Fatin Shidqia Lubis mengakui yg dia sedang mencuba untuk mengatasi perasaan gugup ketika membuat persembahan di pentas. Ini kerana kegugupannya dapat dilihat dengan ketara sekali apabila berhadapan dengan penonton-penonton yg baru dikenali.

“Memang saya akui yg begitu gugup ketika berhadapan dengan penonton yg baru saya kenali. Jika saya sudah biasa dengan penonton- penonton terbabit, maka perasaan berdebar itu tidak begitu ketara,” ujar Fatin ketika ditemui di showcase bagi mempromosikan album Fatin, 'For You' di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral pada Selasa.

Mengakui masih baru dalam bidang seni, Fatin pernah terkejut krna dicium oleh seorang peminat lelaki secara tiba-tiba. Dia mengakui perkara tersebut sama sekali tidak disangka dan membuatkannya malu, namun peminat tersebut telah memohon maaf kepadanya di laman sosial Twitter.

“Saya baru setahun berkecimpung dlm bidang seni, jadi perkara-perkara sebegini masih lagi baru buat diri saya. Apabila dicium, sy bukan sahaja berasa malu, malah menjadi tergamam seketika. Bagaimanapun, lelaki terbabit telah memohon maaf secara terbuka di Twitter.

Memang saya meminati Teh Ocah (Rossa), bukan kerana dia merupakan mentor saya ketika di X Factor, tetapi memang menyukainya sejak dulu lagi. Dia banyak memberikan nasihat kpd saya supaya menepati masa, tidak sombong serta banyak lagi,” ujar Fatin.

Fatin berkongsi yg mentornya itu lebih memahami dirinya berbanding dirinya sendiri kerana kadang kala belum sempat dia meminta nasihat, Rossa sudah menyarankan kepadanya terlebih dahulu. Bagi Fatin, Rossa mempunyai karisma serta disiplin yg tidak dapat disangkal lagi.

Selain menjadikan Rossa sebagai idolanya, Fatin juga turut meminati Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah dan Najwa Latiff kerana vokal mereka yg begitu mantap. Dia yang memang mempunyai minat mendalam dalam bidang nyanyian mengakui membesar dengan lagu-lagu Datuk Siti.

Sementara itu, Fatin yg sedang dalam rangka promosi albumnya turut memperkenalkan single keduanya yang bertajuk ‘Dia Dia Dia’. Single ini merupakan single keduanya selepas ‘Aku Memilih Setia’.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top