Parah Retak Tempurung Kepala Akibat Bola Besi 4KG



Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang, mangsa, Kamil Sidqie Salim, 17, sedang mengutip bola besi yg dilontar rakannya sebelum secara tiba-tiba sebiji bola seberat empat kilogram yg dibaling seorang lagi rakannya menimpa kepalanya.

Difahamkan, mangsa terus rebah dan mulutnya mengeluarkan lendir bercampur darah sebaik terkena lontaran bola besi itu selain terdapat kesan lekukan di bahagian kiri kepalanya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Neuro Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk rawatan lanjut.

Hasil ujian x- ray, tengkorak tempat mangsa terkena bola besi itu dikatakan mengalami keretakan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top