Pelakon Terlibat Ops Cantas



Selain pelakon berusia 35 thn dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.

Berdasarkan 2 ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala 2 pengunjung lelaki terbabit dlm pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan & jenayah sosial, selain pengedaran & penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bg mengesan rekod kesalahan lampau.

“Mereka yg ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yg menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan krn menggunakan cakera padat cetak rompak.

“Operasi seperti ini akn dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top