Pengakuan Lisa Surihani Bahawa Dirinya Seorang Penakut




BIARPUN pelakon jelita, Lisa Surihani menerima tawaran berlakon filem bergenre seram, ‘Dendam Orang Mati’, dia sebenarnya merupakan seorang yg sangat penakut. Menerusi Harian Metro, Lisa berkata, perasaan takutnya itu boleh terbawa-bawa sehingga tidur.

Dek kerana itu, dia terpaksa meminta suaminya, Yusry KRU untk menemaninya ketika di lokasi penggambaran bagi meredakan sedikit ketakutannya.


“Selalunya, saya memang tolak berlakon filem seram namun setuju untk watak filem itu kerana mencabar dan berkonsepkan psikologikal,” jelasnya.

Sebelum ini, Lisa pernah menolak ajakan suaminya, Yusry KRU untk menonton filem seram The Conjuring yg pernah menjadi sebutan ramai.

“Saya pernah tengok filem Insidious bersama adik-beradik namun cuma separuh jalan cerita slps mendapati ia sebenarnya ada hantu. Mereka hanya beritahu cerita itu mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki dan saya mengingati filem itu berkonsep psikologikal,” ujarnya.

Tak mengapalah Lisa. Mungkin dgn perasaan takut itu, penghayataan dalam filem tersebut tampak lebih menjadi, tak gitu?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top