Pesawah Jumpa Mayat Berkafan



Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata dia ternampak satu objek yg seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut.

"Saya menggunakan cangkul untuk menariknya keluar dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati objek itu ialah mayat yg seolah-olah sudah dikafankan," katanya yg ditemui di lokasi kejadian.



Saari berkata dia sudah dua bulan tidak ke sawah yg terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan yg mengesahkan penemuan berkata mayat yg belum dikenal pasti identitinya itu ditanam di dalam lubang sedalam 0.6 meter.



Polis percaya mayat tersebut dibuang di situ sejak seminggu lalu berdasarkan pemeriksaan awal yg mendapati mayat sudah mereput 60 peratus, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top