Respon Faura Isu Bercium



Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, dia baharu sahaja mengetahui tentang tuduhan tersebut dan tiada bukti bagi mengaitkannya jika dia melakukan perbuatan sedemikian.

"Saya tidak mahu komen tentang gosip ini, aksi bercium yg bagaimana mereka maksudkan itu pun saya tidak tahu.

"Saya baharu sahaja dengar tentang berita ini dan tidak pasti tentangnya," mengulas tentang isu tersebut.

Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tentang khabar angin yg mendakwa dia melakukan aksi kurang sopan di hadapan khalayak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Fazura, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yg menyebarkan berita tersebut tanpa sebarang bukti yg kukuh.

Bagaimanapun, katanya, khabar angin itu tidak menjejaskan imej dan nama baiknya sebagai seorang artis.

"Saya tidak tahu apa niat orang yg menyebarkan berita itu, anda perlu bertanya dia apa yg dia lihat sebenarnya.

"Saya yakin Allah lebih mengetahui apa yg berlaku," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal keluar dengan filem Mana Cinta dan sibuk dengan Butik House of Doll.

Dia juga baharu sahaja pulang daripada percutian di Amsterdam, Paris dan London.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top