SAH! David Moyes Tinggalkan Manchester United Hari Ini


Pengurus Manchester United, David Moyes akhirnya disahkan tidak akan mengendalikan pasukan bola sepak elit Eropah tersebut. Semenjak mengambil alih pasukan daripada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson kedudukan David Moyes di kelab tersebut dilihat tidak terjamin selepas gagal mengekalkan rentak terbaik kelab sebagai penyandang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Sebelum ini kelab tersebut enggan mengulas laporan akhbar nasional pada Isnin lalu bahawa Moyes akan diberhentikan sebelum akhir musim ini.


Hari ini, laman web rasmi ManUtd dan twitter rasmi Manchester United memaklumkan bahawa David Moyes sudah pun meletakkan jawatannya secara mengejut selepas kekalahan Manchester United terhadap kelab lamanya, Everton dengan keputusan 2-0.




David Moyes yang meninggalkan Everton untuk mengambil tugasan sebagai pengurus baru di Manchester United hanya berjaya mendapatkan satu piala Community Shield sahaja dan melepaskan banyak peluang untuk meraih kejuaraan lain, disamping merekodkan kekalahan demi kekalahan yang dilihat sebagai terburuk dalam sejarah kelab sejak 20 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan di kelab itu, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Moyes di atas usaha dan jasa beliau kepada United sebelum ini.

Untuk rekod, sepanjang di bawah bimbingan Moyes, United telah dikalahkan sebanyak 11 kali dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan berada di tempat ketujuh - 23 mata di belakang pendahulu Liverpool.


Para peminat dan pengkritik tidak yakin dengan kewibawaan Moyes apabila Manchester United mengalami kemerosotan prestasi yang amat drastik sekali pada musim ini. Kelab tersebut yang sebelum ini digeruni di halaman sendiri di Old Trafford kini tidak lagi menjadi anacaman kepada pasukan lain.

Dan perkara ini diletakkan atas David Moyes untuk dipersalahkan. Walaupun beliau melakukan pembelian pemain yang memecahkan rekod kelab dengan membawa masuk Marounne Fellaini dan Juan Mata, ianya masih tidak mampu untuk membuatkan Manchester United bangkit mencabar kedudukan empat teratas liga dengan baki 4 perlawanan sahaja sebelum liga berakhir.


Dengan berita ini, nama-nama pengurus ini menjadi pilihan utama untuk menggalas tugasan sebagai pengurus baru kelab Manchester United untuk meneruskan cabaran musim hadapan. Mereka ialah:

  1. • Diego Simeone (Atletico Madrid)
  2. • Jurgen Klopp (Borussia Dortmund)
  3. • Carlo Ancelotti (Real Madrid)
  4. • Louis Van Gaal (Holland)

Apapaun, mari kita sama-sama nantikan perkembangan terkini mengenai perkara ini..

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top