Seorang Juruterbang Mendakwa MH370 Kini Di Lautan China Selatan





SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yg hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.



Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yg terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yg diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu 2 hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.



Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adkh seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yg didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar

ULASAN GB

Jika dakwaan juruterbang berkenaan adalah benar, bahawa serpihan MH370 ditemui berhampiran pantai Thailand, ini bererti jangkaan GB sebelum ini bahawa pesawat MH370 terhempas di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi adlh benar.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top