Shila Amzah Tidak Benarkan Wang Lee Hom Saksikan Konsertnya


Penyanyi Shila Amzah sebolehnya tidak mahu penyanyi popular antarabangsa Lee Hom hadir pada konsert solonya yang bakal berlansung di Shanghai juga di Kuala Lumpur nanti.

Bukan sahaja tidak membenarkan penyanyi kacak itu hadir malah juara Asian Wave 2012 ini sebolehnya tidak mahu Lee Hom menyanyi bersamanya di konsert itu. Kenapa pula?

Tapi kenyataan itu hanyalah gurauan ketika menjawab soalan media, adakah dia akan menjemput Lee Hom untuk menyanyi bersama di konsertnya. Kata Shila, dia pasti akan berasa sangat gementar sekiranya Lee Hom berada di depan matanya.


"Lee Hom...? Kalau boleh saya tak mahu dia datang apatah lagi kalau dia menyanyi bersama saya. Saya pasti akan sangat gementar sampai tak boleh menyanyi. Jadi lebih baik dia tak usah datang", katanya sambil tertawa.

Namun jauh di sudut hati Shila, sebenarnya dia pasti mengalu-alukan kedatangan penyanyi kesayangan ramai itu. Lebih romantk kalau mereka berduet bersama lagu 'Forever Love'. Kenalah dengan tema konsertnya itu, iaitu cinta.

Lee Hom sebelum ini pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk promosi album dan mengadakan konsertnya.

Sementara itu, berita baik buat seluruh Shilalas (gelaran peminat), Shila bakal mengadakan konsert di Shanghai, China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014. Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Lebih membanggakan apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris. Shila juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan. Sedikit yang saya boleh bayangkan, artis udangan saya juga terdiri daripada artis antarabangsa.

"Selain tu saya sebenarnya sudah senaraikan beberapa penyanyi lelaki yang saya teringin nak berduet sama. Tapi saya tak boleh beritahu sekarang. Tunggu pada hari konsert nanti, ya," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd. Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.

Tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top