Trending: Video Zizan Panggil Emma 'Sayang'


Walaupun mereka tidak pernah mengaku secara rasmi sedang bercinta, tetapi para peminat kuat menghidu akan perhubungan mesra diantara Zizan Razak dan pelakon jelita, Emma Maembong merupakan satu hubungan yang lebih daripada sekadar kawan atau teman mesra.

Kini, terdapat banyak tanda-tanda yang ditunjukkan oleh mereka berdua melalui akaun media sosial mereka. Sebelum ini juga terdapat khabar Zizan meminta masa setahun untuk mengenali Emma Maembong dengan lebih mendalam lagi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu.


Salah seorang Emavangers (peminat Emma Maembong) memberikan maklumat kepada kami di mybuletin.com mengenai video terbaru Emma di Instagram yang menjadi satu lagi petanda bahawa mereka sebenarnya sedang bercinta.

Dalam rakaman video tersebut, Zizan dan Emma sebenarnya sedang berposing untuk mengambil gambar sahaja tetapi Zizan secara tidak sengaja tersalah tekan dan menjadi rakaman video pendek.

Diakhir video tersebut, anda boleh dengar dengan jelas Zizan mengatakan "...tak boleh pun sayang" kepada Emma Maembong. Tak percaya? Jom tengok sendiri video tersebut di bawah ini:


Sebagai pemerhati industri hiburan tanah air, apa pendapat anda mengenai hubungan cinta antara Zizan Razak dan juga Emma Maembong?

Anda setuju ke kalau mereka mengakhiri hubungan ini dengan ikatan perkahwinan? Sila berikan komen ye..

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top