Abby Abadi Sah Akan Fail Cerai di Mahkamah Khamis 29 Mei 2014


 Nampaknya retakan rumah tangga Abby Abadi tidak dapat diselamatkan lagi apabila terdapat laporan mengatakan Abby akan memfailkan perceraiannya pada hari Khamis (esok).


Abby Abadi Sah Fail Cerai di Mahkamah Khamis 29 Mei 2014

Laporan akhbar mStar Online, Arbaiyah Abdul Manan, 37, yg juga dikenali dengan Abby Abadi akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 9 pagi.

Untuk info, Abby dan Muhammad Noor Farhan telah bernikah di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

 

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby, di laman Instagram miliknya memohon agar para peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangganya itu buat kali terakhir. Status tersebut telah mengundang pelbagai persoalan dikalangan pengikut beliau.


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top