Akaun Instagram Rihanna digantung kerana gambar Tanpa Baju?




Akaun Instagram peribadi milik bintang R&B, Rihanna, telah dibekukan berikutan masalah teknikal yg dihadapi dalam laman sosialnya itu.

Sebelum itu, penyanyi 26 tahun kelahiran Barbados yg mula hit dengan lagu Umbrella itu, telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya yg kurang sopan.

Gambar yg kurang sopan itu menampilkan dirinya dalam keadaan separuh bogel yg mana ianya telah dipaparkan dalam majalah lelaki Perancis.

Lihat Gambar: http://tinypic.com/view.php?pic=25yvp6o&s=8#.U2yKL_mSyvQ

Disebabkan gambar itu, Rihanna telah dipaksa untuk memadamkan semula gambar tersebut kerana ia telah melanggar polisi syarikat sosial media untuk tidak menyiarkan gambar-gambar yg bersifat erotik.

Namun, pihak pengurusan Instagram menafikan bahawa masalah teknikal yg wujud itu mempunyai kaitan dengan gambar yg dimuatnaikkan itu.

Sebaliknya, mereka memberitahu bahawa akaun Instagram Rihanna itu secara tidak sengaja telah terperangkap dalam sistem akaun yg dibekukan fungsinya dan ianya berlaku secara automatik.

"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang tidak disengajakan ini," katanya pihak pengurusan Instagram.

Akaun Instagram peribadi Rihanna memiliki pengikut seramai 12 juta dari seluruh pelusuk dunia.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top