Alamak Mayat Jururawat Dipos Dalam Kotak


Polis semalam melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yg dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yg didakwa mengandungi ‘anak patung.’

Mayat mangsa yg dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini.



Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yg dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu.

Perkhidmatan penghantaran yg membawa kotak yg ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” - 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa.

Selain itu, sewa sementara bagi tempat simpanan turut dibayar menggunakan kad kredit Rika.

Mayat wanita berusia 29 tahun itu yg hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan.

Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya.

Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yg belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati.

Rakan sekelasnya yg tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yg seusia dengannya.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yg sama menuju ke Shanghai.

Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yg sudah lama tidak ditemuinya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top