Alamak Pamela Anderson Diperkosa Kekasih Pengasuh


ARTIS seksi Pamela Anderson baru sahaja menubuhkan sebuah badan kebajikan yg dikenali sebagai The Pamela Anderson Foundation di Cannes, Perancis baru-baru ini. Menurut laporan portal Digital Spy, seramai 200 tetamu hadir pada acara perasmian badan kebajikan yg mengangkat hak-hak kemanusiaan, alam dan haiwan itu.

Pada acara itu, bintang siri Baywatch itu turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika di zaman kanak-kanak.



“Sekarang ini, tibalah masanya untuk saya berkongsi cerita sedih yg membelenggu diri saya sejak di zaman kanak-kanak lagi.

“Ketika usia 12 tahun, saya pernah ke rumah kekasih pengasuh dan lelaki itu telah mengajak saya bermain permainan video dan tanpa disedari saya diraba.

“Tidak lama kemudian saya diperkosa pula. Dan lelaki itu berusia 25 tahun,” katanya.

Tambah Pamela, sejak itu, dia cukup berhati-hati dalam berkawan kerana tidak mempercayai sesiapa pun yg berada di sekelilingnya.

“Dalam keadaannya yg tertekan, dia juga mempunyai seorang ayah pemabuk dan ia terus membuatkan dirinya berfikir bahawa kehidupannya tidak memberi apa-apa makna lagi.

“Kerana itu, saya mengalih pandangan saya untuk mencintai alam dan haiwan. Ia seperti memberi kepercayaan pada diri bahawa ia akan melindungi saya,” ujarnya, memetik mStar.



 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top