Amyra Matang Disebabkan Kontrovesi



MASIH digelar pendatang baharu, Amyra cepat memanjat populariti. Dia yg hanya dikenali menerusi drama Ku Cinta Kau Seorang kini bergelar Duta Aura White.

AWAL kemunculannya, Amyra Rosli bukanlah satu nama yg sentiasa meniti di bibir ramai. Bagaimanapun, secara tiba-tiba namanya dikenali gara-gara kontroversi yg mengaitkan dia bersama pelakon terkenal Fasha Sandha. Fasha mendakwa Amyra mempunyai masalah disiplin ketika di lokasi penggambaran.

Sebelum itu, tunang Amyra, Dazrin Kamaruddin juga didakwa Fasha mempunyai masalah yg sama.

Biarpun perkara itu sudah berlalu, pelakon Ku Cinta Kau Seorang itu mengakui ia satu pengajaran buat dirinya sebagai pendatang baharu.

"Saya anggap isu sebegitu asam garam dlm dunia hiburan. Itu semua salah faham sahaja.

"Perkara tersebut sebenarnya banyak mengajar saya dan menjadikan saya semakin matang," tutur pemilik nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli itu.

Menurut pelakon berumur 23 tahun itu, dia bersedia untk bekerjasama dgn Fasha jika diberi peluang lagi.

"Tiada apa-apa pergaduhan pun antara kami. Saya belum lagi berkesempatan untuk berjumpa dengannya ekoran kekangan masa, tetapi saya ada menelefonnya untk bercakap mengenai perkara itu," kongsinya.

Tambah Amyra, dia juga bersikap terbuka dan tidak kisah jika ada individu yg ingin memberikan teguran demi kebaikan bersama.

"Saya sendiri pun selalu ditegur keluarga. Jadi, tak salah kalau saya ditegur oleh seorang yg boleh dianggap kakak. Apatah lagi saya ini pendatang baharu," tuturnya.

Bercakap tentang perancangan hidup, Amyra mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untk bergelar isteri kepada Dazrin.

Kata Amyra, usia muda tidak menjadi penghalang buatnya untuk mendirikan rumah tangga.

"Umur bukan satu masalah besar. Ibu dan nenek saya dulu pun berkahwin muda," kongsinya.

Ketika ditebak soalan mengenai tarikh majlis perkahwinannya nanti, Amyra memberitahu, dia akan membuat pengumuman mengenai perkara itu apabila segala persiapan sudah dibuat.

"Saya akan umumkan nanti. Insya-Allah dlm tahun ini juga, paling lewat pun tahun hadapan. Tak boleh nak cakap sekarang sebab hal ini melibatkan pihak lelaki juga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran duta baharu Aura White Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Amyra yg dilantik sebagai duta baharu produk penjagaan kulit Aura White turut melahirkan rasa syukur dgn rezeki yang diterimanya.

"Sebenarnya sebelum saya terima pelawaan untk menjadi duta ini, saya sudah berfikir dalam-dalam. Tidak semua perkara boleh diambil mudah untk bersetuju menjadi jurucakap produk.

"Tapi saya fikir tak salah kalau saya cuba untk menggalas tanggungjawab itu. Sebelum dilantik menjadi duta pun, memang saya sudah menjadi pengguna produk berkenaan. Sempatlah juga habis enam botol," katanya.

Selain Amyra, pelakon Natasha Hudson turut dilantik menjadi duta bagi rangkaian produk minuman kolagen Aura White Beauty.

Kedua-dua mereka menandatangani kontrak perjanjian sebagai duta Aura White Beauty selama setahun bermula 1 Mei 2014.

Pengumuman yg dibuat pengasas produk, Furyna Azmeer itu sekali gus menjawab segala teka-teki yg bermain selama ini mengenai individu yg bakal menggantikan duta Aura White terdahulu, pelakon Hanez Suraya.

Sejak Hanez dilanda kontroversi mengaitkan dirinya sebagai perampas suami orang, dia dikatakan bertindak mengundurkan diri daripada terus menjadi Duta Aura White.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top