Anda Tahu Siapa Kekasih Pertama Obama?





Wanita pertama yg berjaya menambat hati Presiden AS, Barack Obama ternyata bukan isterinya, Michelle Obama.

Dalam pendedahan tentang kisah cinta pemimpin negara paling berkuasa di dunia itu semalam akhbar dalam talian MailOnline melaporkan wanita pertama yg dicintai Obama adalah seorang gadis kulit putih, Alex McNear.

Kini beliau mengendalikan sebuah syarikat pembekal tenaga mesra alam, McNear dan tinggal di sebuah banglo berharga AS$2 juta (RM6 juta) di New York.

Ibu tunggal beranak satu itu dilaporkan mengundi Obama dalam pilihan raya Presiden pada 2008.



GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Alex McNear (bulatan) bergambar bersama beberapa pekerja syarikatnya, GreenLogic.

Akhbar berkenaan tidak mendedahkan punca hubungan mereka terputus di tengah jalan tetapi McNear akhirnya mengahwini seorang peninju Serbia, Bob Bozic.

Bozic pernah menentang peninju legenda, Larry Holmes pada 1973 tetapi kecundang.

Mereka berkahwin pada 1987 dan hidup bersama selama tujuh tahun sebelum memilih untuk bercerai.

Bozic, 61, kini berkerja sebagai pelayan bar manakala McNear, 51, pula menguruskan syarikat tenaga boleh diperbaharui, GreenLogic, di New York.

Setelah berpisah dengan McNear, Obama bercinta dengan seorang lagi wanita kulit putih, Genevieve Cook sebelum berkenalan dan mengahwini Michelle Obaema.



Kekasih kedua Obama

Kisah cinta Obama didedahkan pada minggu ini dalam sebuah buku biografi mengenai presiden berkenaan oleh penulis AS, David Maraniss.

Ketika ditanya berhubung pendedahan tersebut, McNear memberitahu akhbar MailOnline: "Saya tidak mahu diwawancara."

"Saya cuma memberikan satu temu bual kepada Maraniss dan tiada apa lagi yg saya ingin katakan," tambahnya.

Ditanya sama ada dia akan keluar temu janji bersama Obama jika Presiden AS berkenaan kembali mendambakannya, McNear berkata, "selamat tinggal" dan memutuskan talian.

Dalam wawancara bersama Maraniss, wanita itu berkata, mereka berkenalan ketika belajar di Kolej Occindental di California.

Perkenalan tersebut membawa kepada hubungan cinta musim panas di New York ketika kedua-duanya berusia 20 tahun pada 1981.

Ketika itu, Obama berpindah ke Universiti Columbia di New York untuk menamatkan pengajiannya.




HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top