Anjing Yang Suka Makan Seluar Dalam Wanita


Anak anjing liar yg dirawat oleh Battersea Dogs dan Cats Home mempunyai hobi luar biasa iaitu memakan seluar dalam wanita . Sejak dirawat di pusat perlindungan haiwan ini , beberapa item pakaian dalam wanita telah dijumpai dalam sistem pencernaan haiwan itu dan keluar bersama najisnya dalam keadaan utuh.


Barney

Awalnya , mereka tak menduga Barney , nama anjing itu , sebagai " suspek " ketika beberapa kakitangan mengaku kehilangan pakaian dalam . Namun mereka sangat terkejut apabila mendapati sepasang seluar dlm berada di tempat kotoran haiwan.

Setakat ini , keadaan kesihatan Barney dalam keadaan baik, tidak mengalami gangguan terutama dlm organ penghadaman.

Barney ditemui berkeliaran di sekitar Fulham , sebelah barat London , kira-kira dua minggu lalu. Sepasang seluar dlm ditemui beberapa hari kemudian dlm kedaaan kotor selepas dia dirawat. Sepasang seluar dlm lain muncul dari anusnya beberapa hari kemudian.

Kakitangan di pusat perlindungan haiwan di London kemudian melakukan pemeriksaan sinar X. Hasilnya , masih tertinggal satu seluar dalam lagi di lambungnya.

Sam Barley, doktor haiwan di tempat perlindungan itu menyatakan tidak tahu mengapa Barney mempunyai perangai aneh seperti ini.

"Ini akan terus menjadi rahsia dan kami akan menyarankan kepada tuan barunya nanti untuk membuatnya jauh dari bakul pakaian dan tidak meletakkan seluar dalam di merata-rata tempat," katanya.






HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top