Antara Fakta Dalam Laporan Awal MH370


Laporan awal MH370, yg turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yg memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yg diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kpd panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak -- bahawa selagi maklumat tertentu yg dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian -- atas nama keterbukaan dan ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.

Minggu lepas Najib melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula semua maklumat yg dimiliki kerajaan Malaysia berkaitan MH370, dengan matlamat untk mengeluarkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada umum, katanya.


Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest minggu lepas, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.

Kerajaan Australia dan Kerajaan China juga tlh melantik Wakil Bertauliah selaras dgn Lampiran 13 ICAO, Perenggan 5.23.

Malaysian Airlines (MAS), selaku operator, memberikan kerjasama dlm penyiasatan, dan menyediakan kepakaran seperti diperlukan dan DCA Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangannya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top