Anzalna Berani Melawan Fitnah




BARU sahaja reda perang dingin dengan Izzue Islam, pelakon Anzalna kembali lagi dengan isu panas apabila dia dituduh pernah membuat pembedahan plastik untuk mengubah struktur wajahnya.

Hal itu disebarkan oleh seorang individu menerusi laman sosial Twitter.

Di dalam Twitter wanita terbabit, dia mendakwa Anzalna pernah mengunjungi sebuah pusat rawatan pakar di Ampang untuk menjalani pembedahan mengubah wajah dan kemudiannya dalam nada berbaur sinis mendakwa Anzalna tidak memiliki kecantikan semula jadi.

Sebagai respons drastik kepada perkara itu, Anzalna kemudiannya bertindak memuat naik gambar termasuk kenyataan-kenyataan wanita berkenaan di laman sosial Instagram.

Menganggap ia bukan satu serangan balas, Anzalna yg bengang difitnah sedemikian rupa mendedahkan mengapa dia memilih untuk berbuat demikian kepada Pancaindera.

Apa cerita bedah-bedah muka ni? Betulkah kecantikan Anzalna ni rupa-rupanya hanyalah plastik semata-mata?

Janganlah percaya dengan apa yg disebarkan oleh wanita berkenaan di laman sosial. Saya dah pun tegaskan yg saya tak pernah buat pembedahan muka dan ternyata ini semua satu fitnah.

Anzalna kenal wanita itu?

Tak kenal. Saya dapat tahu daripada pengikut saya di Twitter yg memaklumkan saya mengenai hal ini.

Reaksi awal Anzalna bila mendapat tahu perkara ini?

Terkejut satu hal, kecewa pun ya. Sebab apa yang dia cakap tu seolah-olah dia memang tahu saya pergi ke pusat rawatan tersebut untuk bedah muka. Dia macam sangat yakin. Jadi bila dia sebarkan hal itu, semua orang yg membacanya akan percaya. Saya terkilanlah sebab perkara saya tak buat. Saya juga hairan kenapa dia tergamak buat perkara macam tu dan di manalah dia dapat cerita tu. Kalau ya pun itu satu gurauan, maaf ya. Saya tak anggap itu satu gurauan.

Bila Anzalna bertindak memuat naik gambar wanita berkenaan dengan kenyataan-kenyataan tersebut di Instagram, ia menampakan Anzalna seperti nak buat serangan balas pada wanita itu. Apa komen?

Saya ambil perkara ni serius. Dia buat fitnah kepada saya. Takkan saya nak diamkan diri. Ya saya muat naik gambar dan kenyataan itu di Instagram tetapi bukan untuk buat serangan balas. Ia lebih kepada memberi pengajaran kepada dia termasuk mana-mana pihak lain yang cuba memfitnah saya. Kalau perkara itu terhenti di situ sahaj saya tak kisah. Ini melarat sampai ada yg memang percaya saya buat pembedahan wajah di tempat itu.

Adakah ini bermaksud Anzalna adalah seorang yg cepat melatah bila berdepan dengan perkara seperti ini?

Apa pun jua kontroversi yg datang dan yang pernah saya hadapi, jarang sekali saya cepat melatah. Biasanya saya akan berdiam diri dulu. Tapi untuk isu ini, saya rasa saya perlu tegakkan keadilan untuk diri sendiri. Bukan bermakna saya nak jadi macam sesetengah artis lain yg gemar bertindak begitu, tetapi saya nak hentikan perbuatan dia  cuba mencari populariti atau mungkin glamor dengan cara macam ni. Mungkin juga dia ada agenda nak raih jumlah pengikutnya di Twitter atau Instagram guna cara ini. Saya muat naik tu pun sekali tu sahaja. Kemudian sudah, tak mahu layan lagi dah. Cukuplah sekali tu saya memaklumkan pada semua.

Jadi tujuannya cuma nak beri pengajaran sajalah, begitu?

Ya. Saya tak ada niat lain. Selain nak memaklumkan pada semua mengenai kenyataan itu yg memang satu fitnah, saya juga buat begitu sebab nak beritahu semua agar berhati-hati dengan wanita tersebut. Kita tak tahu latar belakang dia. Mungkin orang lain pernah terkena. Jadi berhati-hatilah. Saya harap lepas ni dia pun berhati-hatilah dengan sebarang kenyataan. Jangan sesuka hati saja nak fitnah orang.

Mungkin selepas kejadian dia ada mohon maaf?

Saya tak tahu. Sebab saya pun dah blok dia di laman sosial. Saya pun dah malas nak besarkan isu ini.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top