Aset Yang Lebih Canggih Untuk Pencarian Misi Baru Kata Hishammuddin


Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yg hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baru, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam.

Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untk memohon penggunaan aset berkenaan.

Hishammuddin berkata, badan komersil yg telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan aset kini amat terhad.

``Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel...saya mohon untuk aset lain yg telah dikenalpasti, yg Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya.

``Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars),'' kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari ini.

Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yg jauh lebih luas.

Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya.

Hishammuddin berkata oleh kerana fasa baru membabitkan pencarian laut dalam, beberapa institut penyelidikan akan turut terlibat.

``Institut penyelidikan dari China, Jerman dan Jepun, ada terlibat dan kami mendapat maklum balas,'' kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan Asean semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Myanmar pada Isnin.

``Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi anggota bertauliah panel bebas. Jadi sekarang saya cuba dapatkan negara-negara lain dalam Asean yg boleh membantu kita.

``Jika kita tempatkan Kemboja, Laos dan Myanmar dalam sebuah kapal, sama ada kapal Malaysia atau China, kerjasama sebegitu lebih baik daripada bertelagah mengenai kewujudan `batu' di tengah-tengah Laut China Selatan,'' kata beliau.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top