Bahana Datuk Terlajak Laris Disamun Warga Indonesia


Dua pembantu rumah yg cukup dipercayai pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd (D’Herbs) telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, dan isterinya di kediaman mereka di Kota Damansara, semalam.



Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, dia menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.

Tidak sedap hati apabila panggilannya tidak berjawab, dia segera masuk ke bilik mereka dan mendapati semua barangan sudah tiada.



Menerusi akaun Instagramnya, dia turut memuatnaik gambar dua pembantu rumah tersebut, menerusi kapsyennya,

"Awas Perhatian 2 wanita indonesia ini bahaya beliau adalah pembantu rumah saya yg baru sahaja lari dan mencuri brg2 beharga dirumah saya.. jika terserempak dgn mereka berdua sila tangkap dan hantar kebalai polis atau hubungi no tel 0123545766 dan tolong sebarkan gambar wanita indonesia yg lari ini.. beliau masih berlegar2 dikawasan selangor.. bantuan anda amat dihargai.. "



Dalam pada itu, Aliff juga menunjukkan salinan laporan polis yg dibuatnya....

“Ya allah semoga 2 org maid yg lari dan mncuri ini ditemukan dan diambil tindakan segera..terima kasih yg tidak trhingga kpd smua rakan2 yg mngambil berat yg tolong share kan pic maid lari dan mencuri ini di intgrm atau di fb anda ..bagi membantu saya menjejaki maid sekaligus dpt mngurangkan jenayah di malaysia..”

Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.

"“Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana sebelum ini tiada perkara yg tidak diingini berlaku," katanya.





Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum me­nyerahkannya kepada majikan.

Dalam pada itu, tindakan segelintir manusia yg memberikan komen bersifat negatif berikutan kejadian rompakan dua pembantu rumah tersebut turut diselar ramai pengikut Datuk Aliff Syukri..

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top