Bahana Nafsu Terbantut Di Belai Warga Asing


Keasyikan dua lelaki ‘dibelai’ wanita warga asing di dua pusat urut refleksologi berasingan di Plaza Metro Prima Kepong, di sini, terbantut apabila dipercayai ditahan polis dlm keadaan berbogel, malam kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua pelanggan berusia 20-an itu asyik melakukan aksi ‘panas’ dgn pasangan masing-masing dan tidak sempat melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Dua premis tidak berlesen di tingkat satu bangnn itu dikatakan berselindung di sebalik nama pusat urut, namun menawarkan wanita warga Vietnam untuk perkhidmatan seks antara RM100 hingga RM138.

Siasatan awal mendapati mereka yg berusia 20-an hingga 30-an hanya melakukan urutan ‘manja’ dlm tempoh singkat selain berbual sebelum meminta pelanggan mandi dan terus melakukan seks di bilik disediakan di premis itu.



WANITA warga Vietnam yg ditahan tidak sempat melarikan diri.

Perbuatan tidak bermoral wanita asing itu bagaimanapun dihidu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yg menyerbu kedua-dua premis secara serentak, jam 10.45 malam.

Dalam Ops Noda lebih dua jam diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais, 18 wanita Vietnam ditahan untk tindakan lanjut.

Menurut Mohammad, ketika serbuan hasil maklumat dan risikan pihaknya, pemeriksaan mendapati rata-rata wanita berkenaan menunggu pelanggn di premis terbabit.

“Ia membabitkan 12 wanita di premis pertama manakala enam lagi di premis berikutnya. Dua daripada mereka pula didapati melayan pelanggn masing-masing di setiap premis berkenaan.

“Pada waktu itu, kita mengesyaki seorang wanita berjaya meloloskan diri dengan terjun dari bangunan terbabit, namun yg lain berjaya ditahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya selepas tamat operasi itu.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui lebih 70 kondom, sekali gus tdk menolak kemungkinan premis berkenaan sememangnya menawarkan perkhidmatan seks.

“Kita percaya mereka hanya mengaburi pihak berkuasa dgn meletakkan papan tanda pusat urut refleksologi. Kedua-dua premis itu juga didapati tidak memiliki lesen perniagaan sah,” katanya.

Mohammad berkata, selain dua pelanggn, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 40-an disyaki penjaga premis bagi membantu siasatan.

“Kes antaranya disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (menyalahgunakan pas) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (menggaji warga asing yg tidak mempunyai pas sah).

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top