Che Ta Dan Zain Tetap Simpan Gambar Intim Mereka Walaupun Dikritik



 
 Gambar romantis Zain dan Rozita yg menjadi perbualan hangat peminat.

Pelakon Zain Saidin menjelaskan kritikan sesetengah pihak terhadap gambar romantisnya bersama isteri, Rozita Che Wan yg dimuat naik di laman sosial Instagram bukan satu perkara mengejutkan.

Zain, 30, berkata, setiap foto yg mereka kongsi sentiasa mendapat teguran dan komen daripada pengikut di laman tersebut namun mereka tidak terlalu memberikan perhatian kepada perkara berkenaan.

"Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yg mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini.

"Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Pelakon itu mengulas mengenai foto romantisnya bersama Rozita ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini yg mendapat perhatian meluas daripada peminat mereka sehingga ada yg menasihat pasangan itu tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga mereka kepada umum.

Zain ditemui selepas majli pelancaran musim ketiga program Oh My English! (OME) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdanng dekat sini pada Rabu.

OME musim ketiga bakal bersiaran pada 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).

Dalam pada itu, Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk memadam gambar berkenaan daripada akaun Instagramnya selagi ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pihak lain.


"Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai OME, Zain berkata, dia teruja dengan musim terbaharu itu kerana ia bakal menampilkan banyak kelaunan selain penampilan wajah baharu pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa dan Carmen Soo.

Malah kata Zain, dia juga semakin selesa membawakan watak sebagai Mr. Henry Middelton selepas tiga musim bersama rancangan itu kerana ia membantu menambahkan lagi jumlah penonton terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

"Musim kali ini juga kami lebih banyak menjalani penggambaran di luar studio selain penampilan wajah-wajah baharu bagi menyerikan lagi OME," katanya.

Dalam perkembangan lain Zain berkata, selain memberi tumpuan kepada OME, dia juga bakal ke New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu pada penghujung Mei ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top