Di Ratah Oleh 38 Binatang: 12 Suspek Kini Di Tahan


Pihak polis telah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes "ratah" membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.


Di Ratah 38 Binatang: 12 Suspek Kini Di Tahan

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman, berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas jam 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.

"Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula hari ini.



"Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah majistret, di sini hari ini.

 

Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap semua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu esok.

"Semua suspek lelaki yg ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut," katanya.



Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yg disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yg memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa diro-gol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yg dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top