Emma Watson Sudah Terima Ijazah




BINTANG filem Harry Porter, Emma Watson berjaya menamatkan pengajiannya dalam ijazah bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University.

Menurut Watson, walaupun bergelar selebriti, dia menjalani kehidupan pelajar yg normal sepanjang pengajiannya.

"Sepanjang saya belajar, tidak ada orang yg datang untuk meminta autograf. Malah, ia merupakan pembelajaran yg tenang tanpa dibayangi kerjaya seni," katanya yg mengambil keputusan berehat buat seketika bagi membintangi filem, The Perks of Being A Wallflower.

Walaupun sibuk pelajaran, namun Watson turut menjayakan filem, Harry Potter and the Deathly Hallows, The Perks of Being a Wallflower, This is the End, dan terbaru filem epik, Noah.

Watson memasuki Universiri Brown pada 2009 dan kemudiannya bertukar ke Universiti Oxford pada 2011 bagi menyambung pengajian untuk tahun ketiga.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top