Farid Sanullah Tidak Kisah Dibayangi Oleh Maher Zain




Walaupun dilahirkan di Malaysia, namun Farid Sanullah tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu kerana membesar di Australia manakala ibu bapanya pula berasal dari Pakistan. Pemuda berusia 23 tahun ini mendapat pendedahan dalam bidang nyanyian sedari kecil lagi kerana ayahnya merupakan seorang penggiat seni.

Menyingkap sejarah muzik Farid, dia mencuba nasib dalam bidang seni melalui lagu Don’t Forget Allah. Walaupun menyampaikan muzik yg santai, namun Farid memastikan yg dia turut menyelitkan mesej positif melalui lagu-lagunya. Namun ada pihak yg mentafsirkan kemunculan Farid seperti dibayangi imej Maher Zain yg membawakan konsep muzik sama.

“Saya tidak ralat sekiranya ada yg membandingkan saya dengan Maher Zain kerana dia turut membawakan genre yg sama. Saya bersifat fleksibel dengan perkara tersebut jadi tidak wujud istilah saya lebih baik atau kurang daripadanya.

Idea untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian di Malaysia telah diutarakan oleh ayah saya sendiri. Saya berterima kasih kepadanya kerana menyakinkan saya untuk merakamkan lagu di sini serta menangguhkan pelajaran buat sementara waktu untuk rangka promosi,” ujar Farid ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya yg berjudul Don’t Forget Allah bertempat di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa.



Album ini menampilkan lapan buah lagu seperti Don’t Forget Allah, Subhanallah, Orphan Child, No Shorcut To Heaven, Repent, Lost, Which Will You Deny dan Mum. Ia merupakan terbitan Highest Heaven Records dan edaran oleh Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Sony Music.

Menurut Farid, walaupun jangka masa dua tahun diambil bagi melancarkan album pertama, namun dia gembira dengan sambutan yg diberikan terhadap album tersebut. Tambahnya, dia teruja kerana album tersebut berjaya dilancarkan setelah pelbagai rintangan telah ditempuh.

“Saya ingin berkolaborasi dengan beberapa orang artis untuk lagu raya ciptaan saya dan ayah. Antaranya adalah seperti Jamal Abdillah dan Lah dari kumpulan VE malah tidak lupa juga kumpulan Inteam sendiri,” ujarnya.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top