Feeya Kini Belajar Hargai Peminat




TANPA sokongan peminat, seseorang penyampai radio mungkin tidak menempa nama dalam bidangnya. Sokongan padu peminat mampu membuatkan nama seseorang penyampai radio itu semakin kukuh dalam mencipta nama dalam kerjayanya.

Dengan peminat juga seseorang penyampai radio atau selebriti itu mampu pergi jauh. Namun akan ada juga segelintir daripadanya yg kecundang kerana tidak mampu untuk melayan kerenah sekelumit peminat yg tidak beretika.

Ada yg mengeji dan ada juga yg memuji, semua itu lumrah yg terpaksa ditempuhi oleh mereka yg merasakan dirinya selebriti.

Penyampai radio Sinar FM , Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan mengakui tanpa peminat dia juga tidak akan berada di tahap ini.

Jelasnya yang turut menggunakan nama panggilan Cik Piah menerusi segmen Santai Sinar ini, peminat merupakan kumpulan pertama yg membuatkan dirinya semakin kuat untuk mengharungi cabaran dalam mengejar cita-citanya sejak dahulu lagi.

Katanya, peminat-peminatnya sendiri akan menegur dan memperbetulkan apa yg tidak sepatutnya dia lakukan selama berada dalam industri penyiaran ini.

Menegur

"Peminat saya secara terus akan menegur saya sekiranya saya sedikit terlampau, sebagai contoh baru-baru ini saya ditegur apabila saya tampil sedikit seksi ketika mengacarakan salah satu progaram televisyen. Saya tidak pernah marah dengan teguran itu, bagi saya peminat-peminat mahukan yg terbaik daripada saya, saya akan terus hormati cara mereka," kata Feeya.

Sebelum ini Feeya pernah menerima surat berbau lucah daripada peminat misterinya, namun jelasnya, mujurlah ketika ini perkara itu sudah tidak lagi berlaku.

Lega dengan keadaan tersebut, menurut Feeya ia membuatkan dirinya kembali aman tanpa gangguan daripada orang yg tidak bertanggungjawab itu.

Baginya, hal tersebut mungkin dilakukan oleh orang yg berakal pendek dan mentah. Namun bagi Feeya, ia hanyalah kes terpencil yg perlu ditempuhi Feeya sepanjang berada dalam kerjaya ini.

"Sepanjang bertugas di konti radio, saya juga pernah diajak peminat untuk berbual panjang. Saya layan sahaja kerenah mereka selagi ia tidak menjejaskan kerjaya saya," ujarnya.

Katanya, ada juga peminat yg selalu memaklumkan di mana dia berada atau kemana dia mahu pergi. Boleh dikatakan setiap waktu dia akan kemaskini status di laman sosialnya.

Yang peliknya peminat itu adalah wanita, sesekali Feeya merasa kelakar juga.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top