Gaji Anak Beckham Di Kedai Kopi Cuma £2.60 Sejam


 Walaupun mempunyai ibu bapa berstatus superstar, Brooklyn Beckham masih lagi perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri.



Menurut laporan beberapa portal hiburan antarabangsa, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham itu telah memulakan tugas di sebuah kedai kopi atau cafe di barat London.

Brooklyn menerima bayaran sekitar £2.60 (atau RM14.07) sejam kerana masih berusia di bawah 16 tahun di mana syarat gaji minimum tidak digunapakai.


Gaji Anak Beckham Di Kedai Kopi Cuma £2.60 Sejam

Namun begitu, bayaran yg diterima Brooklyn itu dikatakan yg paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.

Syarat bagi peraturan bekerja bawah usia 15 tahun pula ialah dia tidak boleh bekerja lebih dari tujuh jam sehari dan perlu diberikan rehat setiap empat jam bekerja.



Satu sumber rapat dengan keluarga tersebut berkata kepada portal The Sun (UK), pasangan Bekcham itu mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras.

Dalam satu temubual, legenda bolasepak David pula berkata kepada portal London Evening Standard, mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.

"Itulah antara salah satu kunci utama saya dan isteri selalu lakukan. Kami menguruskan segala-galanya kerana apa yg penting ialah anak-anak, dan bekerja keras adalah salah satu contoh yg terbaik untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top