GEMPAR Gambar Dua Beradik Diperkosa Dan Digantung


 Polis semalam menahan tiga lelaki yg didakwa merogol dan menggantung dua gadis adik-beradik berusia belasan tahun pada pokok di utara India.

Superintendan Atul Saxena berkata, dua daripada suspek itu anggota polis.




Penduduk kampung menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung pada pokok pagi kelmarin selepas dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Katra, Uttar Pradesh.

Bedah siasat menunjukkan mereka dirogol dan dicekik hingga mati sebelum digantung.

India mengetatkan undang-undang antirogol tahun lalu selepas bantahan seluruh negara berhubung jenayah itu yg semakin menjadi-jadi di seluruh negara.

Rekod menunjukkan kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di seluruh India.

Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu rendah kerana ramai mangsa keberatan untuk membuat laporan.



 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top