GEMPAR Izreen Azminda kunci mulut?




"TUNGGU saja keputusan mahkamah!," ulas pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai status dirinya kini.

Sebelum ini, kecoh mengatakan Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah pun diceraikan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.

Malah, pelakon drama 7 Suami ini turut meminta agar diberi ruang bagi menyelesaikan masalah keretakan rumah tangganya itu tanpa melibatkan pihak lain."Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi komen mengenai status saya sekarang.

"Kami berdua dalam proses menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada mahkamah,” katanya ketika dihubungi Zass.

Jelasnya, keputusan itu diambil kerana dirinya enggan berbalas kenyataan dengan suaminya sehingga menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak.

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui, sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu, sejak sebulan lalu.

"Anak tunggal kami, Adrian Umar kini berada di bawah jagaan saya dan kami juga ada berhubung tetapi ia hanya membabitkan hal anak," katanya.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.

Dalam perkembangan lain, Izreen kini sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, untk tayangan TV3.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top