GEMPAR Warga Palestin Dedah Pengalaman 'Tinggal' Di KLIA Lebih 50 Hari



Dalam tempoh lebih 50 hari, bilik transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menjadi rumah kepada seorang warga Palestin berusia 22 tahun yg terkandas di situ.

Tidak diketahui oleh pegawai-pegawai penguatkuasa, Ahmed Kanan tidur di atas sofa di ‘News Lounge’ dalam ruang transit di tingkat mezanin lapangan terbang.

Dia telah bergantung kepada penumpang transit untuk makanannya setiap hari, biasanya sebiji burger sehari dan mandi di dalam tandas awam.

Ahmed, yg dilahirkan di Syria, memegang pasport Palestin.

Dia telah dihalang daripada memasuki negara ini kerana tinggal melebihi tempoh sebelum ini.


“Saya telah merayu kepada pegawai imigresen lapangan terbang beberapa kali tetapi mereka tidak dapat membantu kerana saya telah dihalang memasuki Malaysia,” katanya ketika ditemuramah.

Bagaimanapun dia cukup selesa di situ kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah akses internet melalui wi-fi yg disediakan di kafe yg membolehkannya berhubung dengan ahli keluarga di Bulgaria dan Vienna menerusi Skype.

Selepas dua hari pertama dia di situ yg mana dia tidak mempunyai makanan, dia merayu meminta makanan kepada pekerja di outlet makanan berhampiran.

Seorang pekerja kemudiannya membawa keluar sebiji burger dari dapur untuknya.

Ahmed tidak juga mempunyai masalah mengenai baju kotornya kerana seorang pencuci yg bekerja di lapangan terbang telah membawa pulang bajunya untuk dicuci selang beberapa hari.

Sikapnya yg merendah diri dan baik hati membolehkannya mendapat ramai kawan dengan mudah.

“Ramai pekerja di kawasan transit kenal saya kerana saya percaya sayalah orang yg paling lama tinggal di sini. Kebanyakannya bersimpati dan ada juga yg menangis mendengar cerita saya terkandas lama di sini,” kata Ahmed.

Di dalam begnya terdapat empat helai seluar pendek, tiga helai baju T dan empat helai seluar dalam serta komputer riba dan telefon bimbit.

“Saya telah hilang 8kg berat badan. Saya berdoa kepada Allah lima kali sehari di sini untuk membantu dan saya percaya seseorang akan datang membantu saya.

“Saya tidak merayu untuk mendapatkan wang tapi saya mendapat antara AS$10 dan A$S50 daripada penumpang yang bersimpati,” katanya yang tiba di KLIA dengan AS$70.

Ahmed berkata dia mahu menyambung pengajian dan berkerja di mana-mana negara dan berharap seseorang dapat membawanya pulang.

“Buat masa ini tiada negara yang mahu terima saya kerana pasport Palestin saya. Saya harap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dapat tolong saya,” katanya.

Pengalaman pahit Ahmed bermula apabila dia tiba di KLIA menggunakan visa pelancong pada 26 November dari Moscow. Dia belajar dalam bidang pelancongan lebih dari setahun tetapi tidak dapat melanjutkan tempoh kediamannya di Rusia.

Terdahulu, dia telah meninggalkan Palestin kerana pergolakan di wilayah yang diduduki dan mahu mencari sebuah negara yang lebih selamat untuk belajar dan bekerja.

Ketika tiba di Malaysia dia meminta bantuan daripada seorang pelajar Palestin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka untuk mendaftarkan dirinya di sana tetapi permohonannya ditolak kerana dia memegang visa pelancong.

Ahmed berkata selepas tempoh sebulan tamat dia terbang ke Laos tetapi turut dinafikan kemasukan kerana tidak mempunyai visa. Dia disuruh kembali ke Malaysia.

Ketika tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT), pegawai imigresen memberikannya tempoh tujuh hari di sini tetapi dia tidak tahu ke mana harus dia pergi lalu menetap di negara ini selama tiga bulan.

Dia kembali ke Turki tanpa visa, dinafikan kemasukan dan dihantar ke Malaysia. Pegawai di Turki bagaimanapun telah menahan pasportnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Kedutaan Palestin, Ahmed memerlukan visa jika mahu ke Turki.

Katanya, banyak negara tidak mengizinkan kemasukan pemegang pasport Palestin melainkan mereka mempunyai visa.

Katanya, Ahmed terdahulu telah mendapatkan bantuan kedutaan tetapi para pegawai tidak dapat membantu kerana dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan untuk mengesahkan dia dari Palestin.

“Tetapi apabila dia kini sudah mempunyai pasport, kami akan cuba mencari jalan membantunya,” katanya.

Katanya, Imigresen Malaysia sangat tegas dan Ahmed telah dihalang daripada memasuki Malaysia selama tiga tahun kerana telah tinggal lebih dari tempoh sepatutnya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top