Ha Ji Won Sah Bakal Ke Hollywood



Ha Ji Won dikatakan bakal mengembangkan karier ke Hollywood.

POPULARITI dan bakat luar biasa aktres Korea Ha Ji Won ternyata memberinya peluang besar apabila dia dikhabarkan akan mengembangkan kariernya ke Hollywood.

Menurut laporan Soompi, Ha Ji Won sudah pun bertemu dgn ketua pengarah 20th Century Fox, Jefrey Godsick, di Los Angeles pada Isnin lalu mengenai sebuah projek filem terbaharu.

Pelakon itu masih lagi menjalani penggambaran filem Chronicle Of A Blood di Korea, tetapi selepas ia selesai, aktres itu akan kembali ke Hollywood untk mendapatkan kontraknya.

Bagaimanapun, pihak agensi Ha Ji Won iaitu Haewadal Entertainment enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

"Memang benar kami telah bertemu dgn pihak 20th Century Fox, tetapi kami tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara itu," kata jurucakapnya.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top