Irwansyah Dedah Hubungan Cinta Bersama Raffi Ahmad




SEJAK dikhabarkan bercinta, pengacara dan pelakon Indonesia, Raffi Ahmad sering kali mengelak apabila ditanyakan tentang hubungannya dgn Nagita Slavina atau lebih mesra disapa Gigi itu.

Bagaimanapun, rakan baik pasangan ini iaitu Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar mendedahkan hubungan Raffi dan Gigi sebagai serius.

"Mereka seriuslah," ujar Irwansyah.

Sebagai sahabat baik, Irwansyah mengakui pengacara program Dahsyat itu banyak bercerita soal peribadi kepadanya.

Bagaimanapun, Irwansyah berkata sahabatnya itu belum lagi memberitahu tentang lamaran terhadap wanita tersebut.

"Raffi belum beritahu tentang soal lamaran, kalau ada apa-apa tentu dia sudah beritahu saya dahulu, Raffi sama saya sangat rapat dan kami tidak ada rahsia," ujarnya lagi.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top