Isyarat yang dikesan tiada kaitan dengan kotak hitam


Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kpda isyarat yg dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion pada Khamis, telah dikenalpasti tiada kaitannya dngan pesawat MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yg dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yg dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dngan kotak hitam pesawat MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yg mungkin ada hubungan dngan kotak hitam pesawat.

Adalah penting untuk mengambil seberapa banyak maklumat yg boleh sementara bateri pengesan petunjuk bawah air masih aktif.

Pesawat AP-3C Orion bersama kapal Ocean Shield akan meneruskan usaha carian akustik dan tiga lagi misi yg dirancang hari ini.

Keputusan bilakah Kapal Selam Autonomi akan digunakan bergantung kepada nasihat pakar dari kapal Ocean Shield dan keputusan tersebut dijangka dibuat dalam beberapa hari lagi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top