Izreen Azminda Buat Penjelasan di ABPBH 2013




Pelakon drama Juvana, Izreen Azminda menafikan dia melarikan diri daripada pihak media atau cuba mengelak daripada menjawab kontroversi isu rumahtangga yg melanda dirinya baru-baru ini.

Pelakon drama '7 Suami' ini memberitahu dia akan menjawab segala persoalan tentang isu terbabit di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yg akan berlangsung pada malam ini.

"Maaf, saya tak mahu komen mengenai isu tersebut sekarang. Saya bukan mahu lari daripada pihak media, namun saya mahu bersikap adil kepada semua.

Saya akan membuat sidang media pada malam ini dan harap semua faham keadaan saya sekarang," ujar Izreen ketika ditemui sebentar tadi di Karnival Jom Heboh di Putrajaya.

Terdahulu, Izreen dikatakan bergaduh dengan suaminya, Muhamad Riza di lokasi penggambaran drama 'Bukan Terpaksa Aku Relakan' sehingga ada pihak yg memberitahu suaminya telah melafazkan cerai kepada Izreen ketika itu.

Suami Izreen bagaimanapun menafikan yg dia ada melafazkan cerai waktu itu, tetapi mengakui ada menfailkan perceraian mereka pada 14 Mei lalu.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top