Izreen Mengaku Suami Sudah Sebulan Tidak Tinggal Bersama




Pelakon Izreen Azminda, 29, mengakui dia dan suami, Muhamad Riza Baharuddin, 31, sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya status dirinya, Izreen lebih selesa untuk berdiam diri.

?Saya tidak mahu komen. Saya hanya menunggu keputusan mahkamah. Proses perceraian itu juga sedang berjalan.

?Kalau boleh, saya tidak mahu berbalas kenyataan dengan dia (suami) dan kami juga masih berhubung berkaitan soal anak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia.

Izreen dan Muhamad Riza dikatakan bergaduh di sebuah lokasi penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu sehingga suaminya itu melafazkan cerai.

Namun demikian, Muhamad Riza yg bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan laporan tersebut dan mengakui mereka belum bercerai serta tiada lafaz cerai dikeluarkan.

Dalam pada itu, Izreen turut mendedahkan mereka sebenarnya tidak bergaduh di lokasi tetapi hanya berbincang berkenaan masalah rumah tangga mereka.

?Sekarang, saya mahu menyiapkan semua kerja yg tertunggak dan selepas itu baharu menumpukan kepada permasalahan rumah tangga kami.

?Pada masa ini, anak kami masih tinggal bersama saya," katanya.

Izreen dan Muhamad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar yg kini sudah berusia 10 bulan.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top