Kami Bukan Atas Katil!




Beberapa minggu kebelakangan ini, ada beberapa keping gambar pasangan selebriti Malaysia di atas katil menjadi perhatian ramai dan kami rasa anda tahu siapa yg kami maksudkan — dan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU terkena tempias.

Sekeping gambar lama yg menunjukkan Yusry KRU & Lisa Surihani seakan berada di atas katil lengkap berpakaian tidur turut mendapat perhatian. Hari ini, si suami memberikan kenyataan di Instagram sebagai penjelasan.

“Ini adalah set yg dibina oleh kelab peminat Lisa Surihani lebih setahun yang lepas di atas lantai function hall Flamingo Hotel. Bukan atas katil seperti didakwa sesetengah pihak. Tolong research sebelum sebarkan fitnah!” tulis Yusry KRU.

Lisa Surihani menerusi akaun Instagram beliau hari ini juga menyelar perbuataan individu yg melaporkan kisah bergambar di atas katil ini seperti perkara sahih dan berharap apa yg dijelaskan oleh suaminya itu menceritakan segalanya.

“Bagi mereka yg sudi dan setia mengikuti perkembangan kami tahu perkara yg sebenar dan tahu cerita yg tidak benar ini cuba disebarkan tanpa usul periksa dari pihak yg tidak bertanggungjawab”

“Tabloid, gossip & sebagainya sebagai ruangan adalah perkara biasa dan amat kami memahami, namun jika laporan yg tidak sahih yang dilaporkan berbunyi seperti statement, dengan rendah dirinya saya rasa itu tidak wajar”

“Kalau boleh jangan adakan sesuatu yg tidak ada. Saya berharap perkara ini menjelaskan perkara dengan sejelas-jelasnya,” tulis Lisa Surihani panjang lebar.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top